Sekolah Agama

SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA

Latarbelakang

Semua sekolah agama rakyat masih ditadbirkan sepenuhnya oleh Lembaga Tadbir Sekolah yang dipilih dan dilantik oleh  Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah. Lembaga adalah bertanggungjawab mengurus sekolah masing-masing menurut garis panduan Aturan penyelenggaraan Sekolah-Sekolah Agama Rakyat Kedah. Sejak kerajaan negeri memberi bantuan tenaga pengajar maka penglibatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri turut bertambah terutama sekali di bidang pengawalan pendaftaran sekolah, kurikulum, ko-kurikulum, peperiksaan, buku teks, penyeliaan, urusan pembayaran elaun dan lain-lain yang berkaitan.

Sistem Persekolahan

Sistem persekolahan Sekolah Agama ini adalah seperti sistem persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia cuma beberapa perkara diberi penekanan di dalam sistem persekolahan agama iaitu :-

a)            penekanan dalam mata pelajaran Bahasa Arab ‘kurikulum Azhari’.

b)            Penggunaan bahasa Arab bagi mata pelajaran Agama.

c)            Adanya peperiksaan ‘Syahadah Nihaiyah’  (Sijil Tinggi Agama) itu banyak memberi bantuan kepada kesempurnaan mengikuti peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (Sijil kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan menyambung belajar di universiti-universiti dalam negara dan luar negara di Timur Tengah).

d)            Di samping itu, ada juga mata pelajaran Akademik Kementerian Pelajaran Malaysia dan Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk peperiksaan PMR, SPM dan STPM dan STAM.

Kurikulum

Menggunakan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri.

Peperiksaan

Ada 5 jenis peperiksaan dijalankan di Sekolah Agama iaitu :-

Peperiksaan Majlis Agama Islam Negeri

1)         Peperiksaan SMRA    (Tingkatan 4)

2)         Peperiksaan STA        (Tingkatan 6 Rendah)

Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia

1)         Peperiksaan PMR       (Tingkatan 3)

2)         Peperiksaan SPM       (Tingkatan 5)

4)         Peperiksaan STAM    (Tingkatan 6 Rendah)

3)         Peperiksaan STPM     (Tingkatan 6 Atas)

Pengiktirafan Sijil

Sijil STA keluaran Majlis Agama Islam Negeri telah diiktiraf oleh Kerajaan Negeri bagi perjawatan guru agama di sekolah-sekolah dan masjid-masjid yang dianjurkan di bawah Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Perkhidmatan Guru JHEAIK Bantuan Kerajaan Negeri Kedah Berbentuk Sementara

Semua guru-guru bantuan kerajaan negeri diletakkan di bawah Skim Perkhidmatan Sementara bulan ke bulan dan tidak berpencen.  Elaun bulanan mereka agak ketinggalan daripada skim yang diterima oleh guru-guru Kementerian Pendidikan, dan tidak ada kenaikan yang membanggakan.  Hal ini menyebabkan kebanyakan guru-guru berkenaan akan menamatkan perkhidmatan mereka apabila ditawarkan ke jawatan lain ( tetap dan berpencen ).  Keadaan ini menyebabkan berlakunya kesukaran untuk mencari ganti guru yang berkelayakan.  Kategori guru-Guru adalah seperti berikut:

Bantuan Kerajaan Negeri Kepada Sekolah Menengah Agama Rakyat

Bantuan kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Rakyat dibuat berdasarkan kepada keupayaan kerajaan dari setahun ke setahun dan secara berperingkat-peringkat. Bantuan yang diberi kepada sekolah-sekolah Agama meliputi perkara-perkara berikut :-

i)             Guru

ii)           Peralatan pembelajaran, pejabat dan lain-lain.

iii)        Peralatan tulis menulis, alat sains.

iv)         Bantuan memperbaiki kerosakan kecil sekolah.

v)            Buku Teks.

vi)         Aktiviti / Program (Ko-Kurikulum).

SABK

SABK bermula pada tahun 2007. SABK merupakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan sebanyak 14 buah sekolah. Sekolah-Sekolah ini mendapat bantuan daripada kerajaan pusat. Bantuan yang diberikan seperti kewangan, sumber manusia dan lain-lain.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: