Pengenalan

Bahagian ini merupakan satu bahagian terpenting di dalam organisasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, ianya diwujudkan bagi memainkan peranan ke arah tercapainya objektif Majlis Agama Islam Negeri. Bahagian ini diketuai oleh Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama menurut peruntukan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah 2008 dan Seksyen 3 Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Kedah 1988 berkuatkuasa sejak 16 Oktober 1988 bersamaaan 05 Rabiul awal 1409 yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman melalui pemberitahuan Warta.

Tugas utama bahagian ini ialah mentadbir dan mengurus hal-hal yang berkaitan dengan Pendidikan Islam serta mengawal pusat-pusat pengajian Agama Islam di negeri ini dari peringkat tadika hingga ke peringkat dewasa.

PUNCA KUASA
Bahagian Pendidikan menjalankan fungsi utamanya berbekalkan kuasa yang diberi oleh Undang-Undang Tubuh dan Enakmen dan juga keputusan pihak Berkuasa Negeri.

Undang-Undang Tubuh dan Enakmen tersebut adalah seperti berikut ;-

1. Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah 2008.
2. Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Kedah
1988.

OBJEKTIF

1. Berusaha meningkatkan perkembangan fizikal dan kemudahan Pendidikan Islam di semua Pusat Pendidikan Islam di Negeri ini supaya ianya berkualiti dan memberi kesan yang positif dalam era wawasan Negeri Kedah.
2. Berusaha meningkatkan struktur pengurusan Bahagian Pendidikan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri sebagai nadi melaksanakan program-program pendidikan yang lebih berkesan.
3. Berusaha menerapkan penghayatan Islam menerusi program-program pendidikan yang terancang yang seterusnya dapat mengatasi gejala-gejala buruk dan negatif dalam kehidupan.
4. Berusaha melahirkan “Generasi Pelajar Islam Baru” yang berkeupayaan serta sanggup bersaing hidup di dalam negara yang sedang menuju era baru dan berwawasan.

STRATEGI

1. Merancang, menggubal dasar dan strategi Pendidikan Islam di Negeri Kedah Darul Aman.
2. Merancang program dan aktiviti Pendidikan Islam untuk dilaksanakan di negeri ini.
3. Mengkaji dan menilai semula program dan aktiiviti pendidikan.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al Quran dan As Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

PIAGAM PELANGGAN.

KAMI WARGA BAHAGIAN PENDIDIKAN JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI
1. Memastikan Bahagian Pendidikan senantiasa ke arah kecemerlangan melalui ;
– Kecemerlangan di unit Pentadbiran Am & Kewangan.
– Kecemerlangan di unit Sekolah-Sekolah Agama.
– Kecemerlangan di unit SPI/KAFA.
– Kecemerlangan di unit Pra sekolah.
2. Memastikan semua permohonan diproses oleh Bahagian Pendidikan ini di dalam tempoh dua minggu hingga satu bulan dari tarikh borang diterima.
3. Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personal dari segi perlantikan dan penempatan dan lain-lain dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan.
4. Menentukan kekosongan jawatan Guru diisi dalam tempoh satu bulan selepas berlakunya kekosongan.
5. Memastikan tuntutan dari guru diproses dalam masa dua minggu dari tarikh ianya diterima;
6. Memastikan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran.
7. Memastikan Bahagian Pendidikan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan;

– Sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh 15 minit;
– Menentukan segala surat rayuan dan aduan kepada dan mengenai Bahagian Pendidikan dan sekolah-sekolah diberi jawapan dalam tempoh dua minggu dari tarikh ianya diterima.
– Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

VISI DAN MISI.

Visi

1. Melahirkan insan;
2. Berakhlak mulia.
3. Mantap, Cerdas dan Kaffah.
4. IQ, EQ dan SQ bagi mencapai wawasan perdana.

Misi
1. Menanam dan memantapkan pada diri guru dan pelajar :
2. Akhlak Karimah.
3. Cinta Ibadah.
4. Senantiasa berjiwa suka kepada pengembangan diri.
5. Cemerlang akademik dan Ko-Kurikulum.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: