Unit Pra Sekolah (Taska)

Sejarah Pra Sekolah (Taska)

Penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di negeri Kedah  bermula sejak dari tahun 1388H / 1968M iaitu setelah Majlis Agama Islam mengeluarkan siaran kepada imam-imam Masjid meminta supaya menubuhkan Taman Asuhan Kanak-Kanak di perkarangan Masjid atau surau. Ketika itu, Pejabat Zakat Negeri telah menyumbangkan bantuan sebanyak RM500.00 bagi setiap TASKA untuk membeli kelengkapan dan alatan.

Perjalanan

Pada masa kini TASKA telah berkembang dengan pesat di daerah-daerah seluruh  Negeri Kedah. Penubuhan TASKA ini dianjurkan di masjid-masjid dan surau-surau.Bagi mentadbirkan TASKA ini Majlis Agama Islam telah mengeluarkan bantuan subsidi kepada guru-guru ini, yang mana guru-guru ini adalah dilantik oleh Jawatankuasa. Mulai tahun 1985 Majlis Ugama Islam telah memperuntukan bantuan tenaga pengajian dan pengasuh kepada TASKA-TASKA yang berpusat di masjid ibu daerah. Bantuan yang diberikan adalah terhad kepada 10 orang sahaja untuk 10 pusat, kerana ia merupakan tempat tumpuan dan perhatian masyarakat yang difikirkan patut diberi keistimewaan lebih dari yang lain. Mereka ini dibayar elaun tetap dari peruntukan Majlis Agama Islam Negeri.  Pada Januari 2008 Kerajaan Negeri telah bersetuju meluluskan pelarasan gaji dari elaun kepada skim gaji yang menyamai skim-skim Tetap Kerajaan;

i-          S 27  –  bagi jawatan Penyelia TASKA (sementara)

ii-         S 17  –  bagi Guru (sementara) dan

iii-        S 11  –  bagi Pembantu Guru (sementara)

Pengurusan TASKA

Bagi menguruskan TASKA ada tiga peringkat Jawatankuasa TASKA iaitu :-

a)    Jawatankuasa TASKA Negeri yang dipengerusikan oleh Dato’ Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

b)   Jawatankuasa TASKA Daerah yang dipengerusikan  oleh Tuan-Tuan Pegawai Agama Daerah.

c)  Jawatankuasa TASKA di Masjid dan Surau adalah dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kariah abagi Masjid-Masjid berkenaan.

Bilangan TASKA

Sehingga kini TASKA yang ditubuh diseluruh Negeri adalah seperti berikut :-

a)  TASKA Negeri 1 buah (dibawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri)

b)   TASKA Daerah – 7 buah

Sistem Pengajian

TASKA dibuka mengikut penggal persekolah biasa dan terbuka kepada kanak-kanak lelaki perempuan dari sebarang bangsa dan ugama dengan syarat kanak-kanak itu belum meningkat umur persekolahan (7 Tahun). Masa belajar hendaklah tidak kurang daripada empat  setengah jam sehari dan satu mata pelajarn hendaklah mengambil masa setengah jam. Hari-hari belajar lima hari sahaja dalam seminggu.

Sukatan Pelajaran

Sukatan pelajaran meliputi dua peringkat iaitu peringkat 1 dan 2. Mata pelajaran yang utama dipelajari ialah Bahasa Malaysia, Matematik awalan, Asas Tulisan, Nasyid, pelajaran Agama dan Bahasa Inggeris.

Bilangan Guru, Kelas Dan Penuntut

TAHUN Guru Pembantu JumlahGuru/ Pembantu Murid5 Tahun Murid6 Tahun Jumlah Murid Kelas Pusat
2010 74 48 122 780 623 1403 67 41

Kurikulum TASKA

TASKA-TASKA diarah menggunakan Kurikulum Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri dan Kurikulum Perdana (Terkini 2010) yang dikeluarkan oleh pihak Kemeterian Pendidikan Malaysia.

Kursus Guru-guru Dan Pembantu Pra sekolah TASKA

Sejak penubuhan Pra sekolah (TASKA). Jabatan ini telah mengadakan beberapa siri kursus peningkatan kepada guru-guru, Pra sekolah TASKA telah mengadakan kursus, kecuali beberapa orang guru baru yang mengganti guru-guru yang meletak jawatan.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: